KUANTAN – Impian seorang juruteknik untuk memiliki sebuah van musnah selepas ditipu dalam urusan jual beli menerusi laman internet, minggu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang , Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 20 tahun mendakwa ingin membeli van jenis Perodua Rusa yang diiklankan di sebuah laman web pada 1 Januari. Katanya, mangsa berurusan dengan seorang lelaki dan mereka bersetuju pada harga RM5,000 dengan syarat mangsa yang…










