Harga minyak diputuskan hari ini - Utusan Malaysia

Harga minyak diputuskan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Penetapan harga runcit produk petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, menjadi harapan kerajaan agar dapat menurunkan harga minyak, namun pelbagai aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

“Kita (kerajaan) suka nak turunkan harga minyak tetapi orang yang jual minyak pun kena buat duit sikit. Kalau dia tak buat duit, dia tak jual minyak dan kita tak dapat minyak.

“Jadi kita kena timbang dahulu antara pembeli dan penjual (sebelum buat keputusan berkaitan harga minyak),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Back to School eKasih Langkawi’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN