Harap doa rakyat Malaysia - Utusan Malaysia

Harap doa rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Jan. – Kesukaran mendapat visa Arab Saudi membelenggu kumpulan penunggang ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ sehingga ke hari ini.

Kumpulan tiga penunggang kapcai yang merupakan anak jati Kelantan itu masih tersangkut di kota raya mewah Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) meskipun sudah memasuki hari 64 misi mereka.

Ketua Kumpulan, Diami Yusoff, 60, berkata, mereka sudah berada di Dubai selama 10 hari menunggu kata putus mengenai visa daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia yang belum lagi diperoleh.

“Semalam pejabat kedutaan cuti kerana hari Jumaat, jadi kami masih lagi menunggu berita dari sana.

“Keadaan ini menginsafkan kami untuk bergantung harap sepenuhnya pada Allah supaya niat menunaikan umrah ke Mekah tercapai, setiap kali selepas sembahyang kami berdoa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa lampau, ini adalah satu ujian untuk menjadi tetamuNya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Diami yang berasal dari Binjai di sini dan merupakan ayah kepada enam cahaya mata berkata, mereka amat mengharapkan doa daripada keluarga, rakan serta seluruh rakyat Malaysia supaya misi mereka tercapai.

Beliau bersama bersama dua rakannya Mohd Zalani Zulkifli,64 dan Mohamad Fadli Ab Rashid, 40, telah memulakan pengembaraan mereka sejak 3 November lalu dan sudah melalui perjalanan melebihi 10,000 kilometer dengan motosikal kapcai berkuasa 135 cc.

“Kami lebih banyak terperap di bilik rakan yang kami tumpang di Dubai kerana kos di sini terlalu tinggi jika mahu ke mana-mana, di di sini cuaca waktu siangnya sejuk macam Cameron Highland, malam apatah lagi, apa yang pasti taraf hidup sangat tinggi dan hanya orang tahap ‘dewa’ sahaja boleh tinggal di sini,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN