LOS ANGELES 23 Jan. – Tindakan mogok yang dilancarkan sejak seminggu lalu oleh guru sekolah awam di sini, yang menjejaskan kira-kira 500,000 pelajar dijangka berakhir tidak lama lagi, selepas mereka dilaporkan sudah mencapai persetujuan awal dengan pengurusan sekolah. Antara persetujuan yang dicapai adalah berhubung kenaikan gaji sebanyak enam peratus untuk guru dan had jumlah pelajar di dalam kelas, iaitu sebahagian daripada tuntutan utama yang dikemukakan oleh kesatuan sekerja. – AFP










