Guardiola akui kehebatan Solskjaer - Utusan Malaysia

Guardiola akui kehebatan Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Jan. – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan Ole Gunnar Solskjaer memiliki permulaan yang sangat hebat selaku pengendali sementara Manchester United.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Solskjaer menang kesemua lima perlawanan pertama selepas menggantikan Jose Mourinho, Disember lalu dan berjaya menyamai rekod Matt Busby dengan meraih kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam aksi Piala FA.

Pengendali Norway berusia 45 tahun yang akan mengendalikan United hingga hujung musim ini berpeluang mengatasi rekod Busby sekiranya meraih kemenangan ke atas Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Ketika ditanya mengenai Solskjaer selepas City membelasah Burton Albion 9-0 dalam separuh akhir pertama Piala EFL, Guardiola berkata: “Permulaannya lebih baik daripada saya, kami tewas perlawanan pertama dan seri dalam perlawanan kedua.

“Dia menang semua perlawanan. Dia pengurus muda dan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang. Saya lihat perlawanan mereka beberapa minit dan mereka sangat hebat.

“Tetapi bukan urusan saya untuk bercakap mengenai orang lain, kami ada perlawanan sukar menentang Wolves selepas ini.

“Ia akan menjadi perlawanan sukar. Kami hanya ada satu hari untuk melakukan persiapan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN