Football Republic kini di Kuantan, Pahang - Utusan Malaysia

Football Republic kini di Kuantan, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Kedai konsep bola sepak premium pertama di Malaysia, Football Republic melancarkan cawangan keempatnya di Kuantan, Pahang selepas pembukaan cawangan pertama di Suria KLCC diikuti Alor Setar dan Sunway Pyramid pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Vach Pillutla berkata, selepas melihat perkembangan dan peluang dalam industri runcit barangan bola sepak di negeri Pahang, pihaknya yakin Football Republic akan diterima baik oleh warga Pahang, terutama dalam kala­ngan peminat tegar bola sepak.

“Al-Ikhsan Sports sentiasa menyokong inisiatif kerajaan dan persekutuan bola sepak se­perti yang dapat dilihat menerusi pelaburan kami sejak tiga tahun lalu. Ini adalah sesuatu yang kami ingin teruskan pada masa hadapan untuk perkembangan bola sepak di negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Acara pelancaran yang diadakan di Sri Dagangan, Kuantan itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain.

Yang turut hadir, Ketua Jurulatih Pesatuan Bola Sepak Pahang (Pahang FA), Dollah Salleh dan pemain-pemainnya.

Tambah Pillutla, Football Republic merupakan kedai konsep bola sepak premium milik penuh Al- Ikhsan Sports dan meru­pakan yang pertama seumpa­manya di Malaysia.

“Dengan adanya Football Republic ini, para pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan barangan bola sepak berkualiti berbanding sebelum ini yang mana mereka terpaksa ke kedai Al-Ikhsan berbeza-beza untuk mencari produk idaman,” katanya.

Football Republic menyediakan pelbagai variasi barangan bola sepak yang berkualiti premium seperti kasut bola, jersi dan aksesori bola sepak. Peminat bola sepak juga boleh mendapatkan barangan bola sepak dengan kualiti yang sama seperti digunakan pemain profesional bertaraf dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN