Federer mula rancang persaraan - Utusan Malaysia

Federer mula rancang persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Pemain No. 3 dunia, Roger Federer mengakui sudah mula merancang persaraannya, tetapi mahu fokus terlebih dahulu dalam misi mempertahankan kejuaraan Grand Slam Terbuka Australia yang akan bermula secara rasmi esok.

Sebagai rekod, tahun ini merupakan musim ke-21 buat Federer bergelar pemain profesional dan atlet kelahiran Switzerland itu tidak menafikan bahawa dirinya hanya menunggu masa untuk membuat keputusan menggantung raket sepenuhnya.

“Secara jujur, saya tidak terfikir boleh sampai ke tahap ini kerana ia bukanlah perkara mudah untuk kekal konsisten bersaing secara kompetitif buat masa yang lama.

“Namun, saya sedang menikmati kehidupan bergelar pemain tenis profesional dan apabila tiba masanya nanti untuk saya gantung raket, saya akan pastikan ia adalah hari yang menggembirakan dan bukan menyedihkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Federer yang berusia 38 tahun mengakui dalam dilema mengenai kejohanan mana yang perlu dijadikan medan terakhirnya sebelum menggantung raket tetapi tidak menolak kemungkinan untuk memilih Terbuka Wimbledon.

“Wimbledon merupakan satu pilihan sekiranya saya mahu bersara nanti, tetapi banyak lagi kejohanan yang cukup dekat di hati saya seperti Terbuka Basel,” katanya yang menjulang 20 kejuaraan bertaraf Grand Slam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×