BRUSSELS 21 Jan.- Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan senjata terhadap sembilan pegawai Rusia dan Syria, termasuk Ketua Agensi Perisikan Tentera GRU.
EU dalam kenyataan memberitahu, dua ejen, timbalan ketua dan ketua GRU dipercayai memiliki, menghantar dan menggunakan racun kimia organik untuk membunuh bekas pengintip Rusia, Sergei Skripal dan anaknya, Yulia yang berlaku di Salisbury, England Mac tahun lepas. -AFP










