Eric Liew minta maaf komen biadab terhadap Sultan Muhammad V - Utusan Malaysia

Eric Liew minta maaf komen biadab terhadap Sultan Muhammad V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Individu yang menggunakan akaun Facebook Eric Liew memohon maaf terhadap komen jelek yang dilakukan beliau terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Dalam satu hantaran, Eric Liew berkata, beliau telah membuat komen yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

“Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari. Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

“Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya,” kata Eric Liew.

Permohonan maaf daripada Eric Liew
Permohonan maaf daripada Eric Liew 

Komen beliau terhadap Sultan Muhammad V tular di media sosial dan dianggap biadab serta menghina oleh masyarakat terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu.-UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN