Empat kembar teruja mulakan persekolahan di SK Serkam Darat, Melaka - Utusan Malaysia

Empat kembar teruja mulakan persekolahan di SK Serkam Darat, Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Empat pasangan kembar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, Merlimau di sini mencuri perhatian ramai apabila mempunyai gaya rambut dan perkakas sekolah sedondon pada hari pertama persekolahan mereka hari ini.

Empat pasangan itu ialah Muhammad Danial dan Muhammad Danish Azlan; Nurain Amirah dan Nurain Athirah Abdul Malek; Muhammad Nur Airie dan Muhammad Nur Airil Ahmad Redzuan serta Mior Rafieq Hazieq  dan Mior Razieq Harith Mohd. Rosdy.

Kehadiran murid kembar itu disambut oleh sekumpulan pesilat dari Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Umbai dan Gerbang Melayu Melaka (GBM) dengan iringan muzik tradisional. 

Pasangan kembar itu bagaimanapun mula menggamit suasana di kelas masing-masing apabila para guru sukar untuk membezakan mereka mengikut nama. 

Ibu kepada Nurain Amirah dan Nurain Athirah, Zabariah Zainudin, 45, berkata, kedua-dua anaknya itu teruja untuk memulakan persekolahan dan bangun seawal pukul 5 pagi tanpa perlu dikejutkan. 

“Seminggu sebelum bersekolah lagi mereka berdua menghitung hari dan asyik bertanya bila sekolah bermula dan sudah beberapa kali memperagakan dan mencuba pakaian seragam sekolah yang baharu dibeli,” katanya ketika ditemui di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut warna kasut putih yang dipakai anaknya, Zabariah berkata, pemilihan kasut sekolah itu bagi mendidik anak-anaknya membentuk disiplin diri. 

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Danial dan Muhammad Danish, Zanawati Zakaria, 44, memberitahu, sebagai ibu bapa mereka kini perlu mengikuti rapat perkembangan anak-anak bersama guru bagi menilai prestasi berikutan pentaksiran sekolah bukan berasaskan peperiksaan mulai tahun ini. 

“Jika ada peperiksaan, kita boleh menilai prestasi anak-anak, jika tiada, kita sendiri perlu menilai lebih lagi,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Serkam Darat, Abu Hassan Ahmad, berkata, seramai 97 murid Tahun Satu mendaftar tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan murid di sekolah berkenaan seramai 567 orang. – K! ONLINE

Empat pasangan kembar Tahun Satu SK Serkam Darat, Merlimau di sini mencuri perhatian ramai apabila m
Empat pasangan kembar Tahun Satu SK Serkam Darat, Merlimau di sini mencuri perhatian ramai apabila mempunyai gaya rambut dan perkakas sekolah sedondon pada hari pertama persekolahan mereka hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN