NEW DELHI 27 Jan. – Dua wanita maut manakala sembilan lagi termasuk dua kanak-kanak sedang dirawat selepas makan manisan tercemar di sebuah kuil di Chintamani, Chikkaballapura, semalam. Timbalan Ketua Polis di bandar, Timbalan Superintenden B.S Srinivas berkata, mangsa yang meninggal dunia ialah Kavita, 28, dan Saraswathamma, 56. “Sembilan yang lain termasuk dua kanak-kanak dan tiga penganut wanita sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan. “Kita telah mengambil manisan yang dimakan oleh mangsa untuk forensik bagi memulakan siasatan,” katanya. Tambahnya, pihak polis juga sedang mengesan individu dipercayai dua wanita yang mengedarkan manisan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya