Dua beradik maut dibunuh selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Dua beradik maut dibunuh selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN – Dua beradik yang maut akibat ditetak dan dikelar seorang lelaki di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdul Rahman Putra Al-Haj di sini sebentar tadi.

Jenazah Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz, 1, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad kira-kira pukul 7.20 malam ini.

Terdahulu, jenazah dua kanak-kanak tersebut dibawa pulang ke rumah ibu saudaranya sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam.

Ibu bapa mangsa, Idris Saad, 47, dan Noorhasyelawati Yusoff, 37, serta anak sulung mereka, Mohammad Hakim, 7, bersama lebih 200 orang hadir pada majlis pengebumian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam semalam, Nurul Hanim Idris dan Mohammad Hafiz, 1, maut akibat ditetak dan dikelar seorang lelaki yang menerjah masuk ke dalam rumah mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN