MELBOURNE 19 Jan. – Novak Djokovic dan Serena Williams menepati ramalan untuk melangkah ke pusingan 16 akhir kejohanan tenis Grand Slam Terbuka Australia selepas mempamerkan aksi menarik sewaktu menewaskan lawan masing-masing pada pusingan ketiga, hari ini. Dalam perlawanan tersebut, Djokovic tidak diberikan laluan mudah oleh Denis Shapovalov untuk mara ke pusingan keempat yang menyaksikan pemain No.1 dunia itu terpaksa bergelut sebelum mencatat kemenangan di Rod Laver Arena dengan keputusan 6-3,…










