MELBOURNE 27 Jan. – Novak Djokovic muncul pemain paling cemerlang dalam sejarah kejohanan tenis Terbuka Australia apabila menggondol kejuaraan ketujuh dengan menumpaskan seteru utama, Rafael Nadal hari ini. Bintang Serbia itu mengukuhkan kedudukan sebagai pemain No. 1 dunia selepas mengetepikan pilihan kedua dari Sepanyol, Nadal 6-3, 6-2, 6-3. Djokovic, 32, sebelum ini berkongsi rekod enam kejuaraan bersama legenda tenis Australia, Roy Emerson dan bintang Switzerland, Roger Federer namun kemenangan terbaru meletakkan dia dalam kelas tersendiri. Enam lagi gelaran Djokovic dalam kejohanan Grand Slam itu sebelum ini diraih pada 2008, 2011,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya