Jerebu semakin pulih - JAS

Jerebu semakin pulih – JAS

WAN ABDUL LATIFF WAN JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Keadaan jerebu di negara ini semakin pulih dengan tiada stesen pengawasan kualiti udara yang merekodkan bacaan tidak sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, sehingga pukul 9 pagi tadi, daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara, dua stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik manakala 66 stesen mencatatkan pada tahap sederhana.

“Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan keadaan kering dan mendung berterusan di wilayah selatan Asia Tenggara hari ini, kecuali beberapa di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan bahagian tengah Sumatera yang diramal hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan latihan simulasi kecemasan bagi menangani tumpahan bahan kimia di bawah kerjasama Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar (MSJCE) di Laluan Kedua (LinKedua), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura, Wong Kang Jet.

Wan Abdul Latiff berkata, titik panas bertaburan turut dikesan di Sumatera dan Borneo barat, manakala beberapa titik panas terpencil dikesan di tempat lain di rantau Asia Tenggara selatan.

Kepulan asap setempat sedikit diperhatikan berpunca daripada titik panas yang dikesan di bahagian Borneo tengah dan selatan Sumatera.

“Pada hari-hari mendatang, cuaca yang agak kering dijangka berterusan di rantau AsiaTenggara selatan. Keadaan titik panas dan asap jerebu secara keseluruhan mungkin berlaku di kawasan mudah terbakar yang mengalami cuaca kering berpanjangan.

“Angin semasa di kawasan selatan Asia Tenggara berkemungkinan bertiup dari tenggara ke selatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini