Dividen SSPN kekal 4 peratus - Utusan Malaysia

Dividen SSPN kekal 4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2018 kekal sebanyak empat peratus.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pemberian dividen itu melibatkan peruntukan sebanyak RM114.55 juta dan akan dimanfaatkan kepada lebih 3.91 juta pendeposit SSPN.

Katanya, kadar dividen tersebut diberikan berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas pendeposit yang diterima oleh PTPTN. 

“PTPTN masih mengekalkan kadar dividen SSPN yang kompetitif walaupun suasana ekonomi yang mencabar dan dengan pelbagai tekanan dihadapi.

“Pemberian kadar dividen ini lebih kompetitif berbanding dividen yang diberikan oleh akaun simpanan lain sekali gus diharap menjadikan SSPN lebih berdaya saing dan menjadi instrumen simpanan pilihan serta keutamaan di kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar majlis Pengumuman Dividen SSPN 2018 dan Pelancaran Ganjaran Kesetiaan SSPN-i di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN