PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas seorang penganggur kerana mencuri pelbagai barangan di kedai serbaneka MR. DIY, Jumaat lalu.
Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Alif Syed Mohd. Shaifudin, 24, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, dia telah mencuri antaranya dua batang spanar laras dan lima kotak peralatan rumah yang bernilai RM321.97.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kedai MR. DIY, Pusat Beli-belah Da Men, Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pukul 6.56 petang, 28 Disember lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebat.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










