Dibelasah enggan beri rokok - Utusan Malaysia

Dibelasah enggan beri rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Hanya kerana tidak memberi sebatang rokok, seorang lelaki etnik Rohingya menerima nasib malang apabila dibelasah dua lelaki hingga cedera dalam kejadian di Kampung Alur Tembusu di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang, pemegang kad perlindungan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) itu dipukul dengan sebatang besi oleh suspek warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superin­tendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mang­sa yang berusia 20 tahun singgah di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

“Mangsa kemudian didatangi oleh dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an yang meminta sebatang rokok semasa berada di pekarangan kedai tersebut.

“Mangsa yang tidak dapat meme­nuhi permintaan tersebut kerana tidak menghisap rokok terus dipukul bertalu-talu sehingga kepalanya berlumuran darah,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN