Dera: JKM sedia laporan sosial kenal pasti wujud kecuaian - Utusan Malaysia

Dera: JKM sedia laporan sosial kenal pasti wujud kecuaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Jan. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak akan menyediakan laporan sosial bagi mengenal pasti wujud unsur kecuaian sepanjang penjagaan bayi berusia 9 bulan yang meninggal dunia semalam dipercayai didera pengasuh.


Pengarah jabatan berkenaan Ruhaini Zawawi berkata pihaknya akan mengambil keterangan keluarga bayi berkenaan serta pengasuh bagi mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian atau tidak.


“Laporan sosial ini penting bagi memastikan kes dapat dikendalikan dengan teliti dan tepat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing bersama media di sini, malam tadi


Bayi lelaki terbabit meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala dipercayai didera pengasuh di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Jumaat lepas.

Mangsa, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, kira-kira 2.49 petang.


Beliau berkata laporan awal mendapati pengasuh berkenaan tidak mendaftar di bawah JKM sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.


“Saya ingin menasihatkan ibu bapa supaya menghantar anak mereka kepada pengasuh yang berdaftar dengan JKM. 


“Pengasuh dan taska yang berdaftar dengan JKM akan dipantau bagi memastikan mereka mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN