LIPIS 18 Jan. – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri tidak mampu membangunkan Cameron Highlands ekoran hutang yang banyak. Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng itu mahu menafikan sumbangan kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN) kepada penduduk di kawasan terbabit selama ini. Menurutnya, hutang kerajaan Pahang ketika ini masih boleh diuruskan melalui sistem pembayaran dan pengurusan…










