MANCHESTER 29 Jan. – Pep Guardiola akan memastikan kecederaan yang dialami Benjamin Mendy tidak akan berulang sebaik sahaja pertahanan Perancis itu kembali menyertai kesebelasan utama Manchester City,
Mendy terpaksa diketepikan selama 18 bulan setelah mengalami kecederaan lutut. Bagaimanapun, musim ini dia mengalami masalah lutut yang berlainan sekali gus menyebabkan dia sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Penampilan terbaharunya selepas dua bulan tidak beraksi ketika menjadi pemain gantian menentang Burton dalam separuh akhir Piala Liga.
Lutut Mendy bengkak selepas membuat larian selama 30 minit menyebabkan bos City, Guardiola mengetepikannya ketika menentang Burnley dalam aksi Piala FA dan jurulatih dari Sepanyol itu mengakui dia perlu berhati-hati jika Mendy diturunkan menentang Newcastle dalam aksi liga awal pagi esok (waktu Malaysia).
“Dengan kecederaan seperti ini, apabila anda kembali beraksi dengan kejohanan anda perlu seimbang.
“Saya fikir ia akan kembali berlaku pada bulan depan. Kami perlu memastikan dia benar-benar cergas dan bagus namun kami mahu lututnya sembuh. Dia akan direhatkan sekejap, tiga atau empat hari.
“Bola sepak bukan fizikal semata-mata, ia berkait rapat dengan apa yang anda lakukan, membaca situasi. Dia sudah lama diketepikan, dia perlu bermula selangkah demi selangkah, bukan mengikut perlawanan atau selepas itu dia tidak akan selamat,” kata Guardiola. – AFP











