China kurangkan sasaran pertumbuhan - Utusan Malaysia

China kurangkan sasaran pertumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 18 Jan. – China mungkin menetapkan sasaran pertumbuhan ekonominya bagi 2019 pada kadar di antara enam hingga 6.5 peratus, menurut laporan akhbar rasmi China Daily yang memetik sumber-sumber rapat penggubal dasar yang tidak dinamakan.

Menurut sumber itu, lebih banyak usaha diperlukan bagi memacu pertumbuhan ­infrastruktur China yang lebih efisien.

Katanya, kerajaan perlu mengurangkan kos dan membiasakan diri dengan jumlah perbelanjaan yang lebih kecil.

“Kami menghadapi cabaran yang besar untuk menstabilkan pertumbuhan berbanding dengan tahun sebelumnya,” kata laporan berkenaan yang memetik Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Reuters pada 11 Januari lalu melaporkan China merancang untuk menetapkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar enam hingga 6.5 peratus pada 2019 berbanding sasaran tahun lalu sekitar 6.5 peratus.

Sasaran rasmi KDNK China akan diumumkan pada sesi parlimen tahunan Mac ini.

China akan mengumumkan data pertumbuhan ekonomi bagi suku terakhir 2018 Isnin depan.

Pertumbuhan ekonomi negara berkenaan dijangka perlahan kepada 6.4 peratus, yang terburuk sejak krisis kewangan global. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×