LONDON 29 Jan. – Penyandang juara, Chelsea menerima cabaran getir apabila dijadualkan bertemu Manchester United dalam pusingan kelima Piala FA, mengulangi aksi final pada tahun lalu.
Dengan penyingkiran Arsenal, Tottenham dan Liverpool daripada kejohanan tersebut, itu bermakna dua daripada enam pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) akan layak ke pusingan suku akhir.
Chelsea menjuarai Piala FA di Wembley hasil penalti Eden Hazard.
Dalam pada itu, pembunuh gergasi, Newport County yang beraksi di divisyen keempat akan bertemu juara EPL, Manchester City.
Doncaster Rovers yang beraksi dalam divisyen ketiga pula layak ke pusingan kelima buat pertama kali dalam sejak 63 tahun akan menerima kunjungan Crystal Palace. – REUTERS











