Cari ikhtiar, bukan campak kepada pengguna - Utusan Malaysia

Cari ikhtiar, bukan campak kepada pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kerajaan yang prihatin akan sentiasa berusaha mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sebarang masalah, bukan mencampakkan semua beban kepada pengguna.


Malangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih senang menggunakan alternatif kedua itu tanpa memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung masyarakat negara ini.


Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak sedia maklum mengenai kedudukan ekonomi dunia ketika ini telah menyebabkan kos sara hidup masyarakat meningkat.


“Kalau ia berkaitan dengan rakyat hingga boleh membebankan sepatutnya ia adalah pilihan terakhir, selepas kajian dilakukan.


“Ini tidak, baharu ambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan PH terus campak masalah kepada pengguna untuk bayar, bukan nak cari cara nak selesaikan masalah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan kemungkinan kenaikan kadar tarif air secara berperingkat tahun ini berikutan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.


Namun, Xavier berkata, kenaikan itu tidak akan membebankan rakyat dan rundingan dengan semua kerajaan negeri akan diadakan. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN