Bunuh diri selepas rempuh pelbagai kenderaan - Utusan Malaysia

Bunuh diri selepas rempuh pelbagai kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 4 Jan. – Seorang lelaki merempuh sebuah kereta peronda polis, merampas trak penghantaran pasar raya serta teksi, melanggar beberapa kenderaan lain dan mencederakan pejalan kaki berhampiran sebelum membunuh diri di hadapan polis.

Kejadian dramatik berkenaan yang disahkan oleh polis sebagai tidak bermotifkan keganasan, berlaku apabila polis cuba menahan lelaki terbabit kerana kenderaan dipandunya tidak memiliki nombor lesen kenderaan.

“Suspek bukan berniat untuk sengaja mencederakan orang lain.

“Suspek cuba melakukan apa sahaja untuk mengelakkan dirinya daripada ditahan. Tindakannya, terutamanya ketika dia menikam orang yang tidak bersalah, adalah perbuatan seseorang yang kami percaya mempunyai masalah mental,” menurut Pemangku Naib Komisioner, Mick Fitzgerald. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×