LIPIS 5 Dis. – Seorang kanak-kanak Orang Asli melecur 70 peratus selepas terkena renjatan elektrik di pencawang pembahagian utama Kampung Sentol, Pos Betau di sini kelmarin.
Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengahhari itu berlaku ketika mangsa yang berusia tujuh tahun ke kawasan itu bersama bapanya untuk mendapatkan liputan talian telefon.
“Sedang bapanya mengggunakan telefon, mangsa turun darilada motosikal dan masuk ke kawasa pencawang melalui pagar yang roboh tanpa disedari oleh bapanya.
“Bapa mangsa hanya sedar selepas terdengar bunyi letupan sebelum membawa anaknya ke Klinik Kesihatan berhampir, “katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mangsa berada dalam keadaan stabil dan polis menerima laporan daripada bapa mangsa semalam. – UTUSAN ONLINE










