KEMAMAN 18 Jan. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara di kedudukan 101 batu nautika dari Tanjung Mat Amin Kuala Kemaman, pagi semalam. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, bot nelayan yang dinaiki seorang tekong bersama enam awak-awak itu ditahan semasa kapal maritim KM Gemia membuat rondaan Op Iman di sekitar perairan Terengganu pada kira-kira pukul 9.25…









