KINGSTON, Jamaica 23 Jan. – Pemegang rekod dunia acara 100 meter, Usain Bolt mengumumkan tidak akan meneruskan impian menjadi pemain bola sepak profesional lagi sekaligus menggantung but buat selama-lamanya.
Selepas gagal melepasi ujian bersama kelab Australia, Central Coast Mariners tahun lalu, pelari terpantas dunia itu akhirnya terpaksa `angkat tangan’ biar pun baharu bulan lalu berkata, dia belum lagi berputus asa.
Keputusan drastik itu diambil pemenang lapan kali Sukan Olimpik dalam acara lari pecut berusia 32 tahun ini atas alasan ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan yang diceburinya. – AFP










