Bilangan mangsa putting beliung di Havana bertambah - Utusan Malaysia

Bilangan mangsa putting beliung di Havana bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA 29 Jan. – Empat maut manakala 195 cedera selepas satu puting beliung kuat yang jarang berlaku melanda Havana selepas memusnahkan harta benda penduduk.

Menurut mangsa, Canaima Hernandez, 36, dia bersembunyi di bawah dapur sambil memeluk erat anak perempuannya ketika kejadian yang menakutkan itu berlaku.

“Seolah-olah ada batu yang runtuh kemudian barang-barang mula jatuh. Puting beliung itu menerbangkan bumbung rumah dan membawa semuanya pergi,” kata wanita yang masih truma dengan kejadian itu kelmarin.

Kejiranan terhampir Regla pula dilaporkan antara lokasi paling teruk dilanda bencana itu yang kekuatannya menyamai taufan paling kuat.

Puting beliung itu menyebabkan keadaan huru-hara dengan kenderaan terbalik melintang di jalan raya manakala sekitar rumah dipenuhi runtuhan dinding, tiang lampu patah dan pokok tumbang.

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel yang mengesahkan kejadian itu turut melawat lokasi untuk meninjau kerja-kerja dilakukan pasukan penyelamat. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×