Bersih cadang Tok Batin dipilih melalui undi - Utusan Malaysia

Bersih cadang Tok Batin dipilih melalui undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa sistem pemilihan ketua kampung atau tok batin dibuat dalam bentuk undian dan bukan lagi secara lantikan oleh kerajaan.

Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad baru-baru ini yang didakwa mengugut tok batin di Cameron Highlands supaya mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen itu jika mahu terus dibayar elaun dan diberikan jawatan.

Bob Manolan walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Bersih, kenyataan tersebut menggambarkan wujud kemudaratan besar apabila pimpinan kampung atau komuniti dilantik oleh kerajaan dan tidak dipilih sendiri oleh orang kampung atau komuniti itu.

“Sekiranya elaun sebanyak RM900 hingga 1200 – menurut Bob Manolan – boleh digunakan untuk memaksa sokongan tok batin kepada parti pemerintah, bagaimanakah komuniti Orang Asli boleh mengharapkan pemimpin mereka untuk membela hak mereka?

“Menafikan hak orang kampung memilih ketua dan pemimpin mereka pada asasnya satu bentuk korupsi pilihan raya apabila wakil-wakil parti pemerintah dilantik untuk memonopoli capaian kepada sumber kerajaan dan menyemai imbuhan,” kata Bersih seperti dipetik portal Malaysiakini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN