MUNGKIN ramai kurang mengenali bintang muda badminton negara, Wan Muhammad Arif Shaharudin Wan Mohd Junaidi ekoran kurang mendapat publisiti media, namun banyak kejayaan telah diraih pemain muda itu. Anak kedua daripada empat beradik itu mula meminati sukan badminton seawal usia empat tahun dan bakat pemain kelahiran Terengganu tersebut mula terserlah seawal usia lapan tahun apabila dipilih mewakili Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman. Berikutan kecemerlangan beraksi di peringkat sekolah, Wan Arif…










