KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh membuat bayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) secara dalam talian menggunakan perkhidmatan JomPAY.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata, dengan menggunakan saluran JomPAY, bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui mana-mana 40 bank di Malaysia.
“Kami harap perkhidmatan bermula 21 Dis lepas itu dapat memudahkan penghuni PA dan PPR DBKL dan warga kota untuk menjelaskan bayaran sewaan perumahan, bil air dan yuran perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa perlu ke kaunter bayaran DBKL,” kata kenyataan itu.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web DBKL di www.dbkl.gov.mydan sebarang pertanyaan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Menara DBKL 3, selain menghubungi talian 03-26176154 atau e-mel di [email protected]. – Bernama










