Batal ECRL, utamakan sektor awam - Utusan Malaysia

Batal ECRL, utamakan sektor awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kembali menjadi buah mulut orang ramai setelah pelbagai ke­nyataan bercanggah diberikan pemimpin kerajaan tentang status projek tersebut.

ZAKARIA
ZAKARIA 

Walaupun masih belum ada keputusan akhir, kemungkinan projek itu dibatalkan lebih besar apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri me­ngakui bebanan hutang yang terpaksa ditanggung kerajaan selama 30 tahun boleh membuatkan Malaysia ‘miskin’.

Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Prof. Emeritus Dr. Zakaria Abdul Rashid berkata, projek itu wajar dibatalkan jika ia memberi kesan kepada pertumbuhan kewangan sektor awam.

Beliau berkata, se­ki­ranya diteruskan dikhuatiri kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan dalam sektor awam melibatkan pemberian subsidi dan peruntukan pembangunan kerana perlu membayar hutang projek itu.

“Kita tidak melihat kepada projek itu sahaja, kita tengok dari segi kewangan kerajaan Persekutuan. Projek itu memang bagus, boleh memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Pantai Timur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN