KUALA LUMPUR 29 Jan. – Teka-teki mengenai pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembatalan projek berkenaan hari ini. Dengan pembatalan itu juga dipercayai akan berkubur terus bersama-sama harapan rakyat negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang sememangnya mengharapkan ia akan membantu meningkatkan ekonomi mereka. Menurut Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO Malaysia, kenyataan Dr. Mahathir bahawa projek ECRL bakal membebankan Malaysia…










