Barca kehilangan khidmat Dembele - Utusan Malaysia

Barca kehilangan khidmat Dembele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 21 Jan. – Penyerang Barcelona, Ousmane Dembele mengalami kecederaan di buku lali ketika membantu pasukannya menewaskan Leganes 3-1 dalam aksi La Liga.

Dembele menjaringkan gol pembukaan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-69.

“Ousmane Dembele mengalami kesakitan di bahagian buku lali kiri. Ujian akan lebih banyak dijalankan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialaminya,” kata kelab tersebut.

Itu merupakan jaringan ke-13 Dembele bersama Barca pada musim ini dan kehilangannya menjadi tamparan hebat kepada skuad Catalan tersebut.

Mereka akan bertemu Sevilla pada Rabu ini bagi aksi pertama suku akhir Copa del Rey sebelum menentang Girona dalam perlawanan La Liga pada minggu depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN