Baiki paip pecah, Jalan Cukai-Air Putih ditutup sementara - Utusan Malaysia

Baiki paip pecah, Jalan Cukai-Air Putih ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 3 Jan. – Kilometer 15 di laluan menghubungkan Cukai-Air Putih berhampiran Jambatan Sungai Pinang dekat sini ditutup hari ini berikutan paip utama di situ pecah tengah hari tadi.

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) dalam kenyataannya hari ini berkata, kerja-kerja membaikpulih dan mengganti paip baharu sedang dijalankan dan dijangka siap tengah malam nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Satu, Ir. Atemin Sulong berkata, berikutan itu, pengguna jalan raya dinasihat mematuhi arahan yang dikeluarkan pihaknya dari semasa ke semasa.

Menurutnya, bagi mereka yang datang dari Cukai ke Kampung Air Putih dan sekitarnya dinasihat melalui Kampung Paman, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pasir Gajah dan keluar di Kampung Pasir Gajah.

“Begitu juga sebaliknya bagi mereka dari Air Putih ke Cukai, mereka mempunyai dua jalan altenatif iaitu melalui MARDI, Pasir Gajah, Kampung Paman dan Jalan Air Putih atau melalui MARDI, Pasir Gajah, Kampung Paman dan Kampung Ibok.

“Penutupan ini hanya untuk kerja-kerja baikpulih yang mengambil masa beberapa jam. Kami jangka kerja-kerja baikpulih ini akan selesai selewat-lewatnya pukul 12.00 malam nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN