Baby Shima nafi terlibat aktiviti pelacuran - Utusan Malaysia

Baby Shima nafi terlibat aktiviti pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Baby Shima nafi terlibat dalam aktiviti pelacuran online selepas gambarnya disalah guna dalam laporan sebuah program hiburan di Indonesia berhubung kes enam artis wanita yang didakwa melakukan jenayah berkenaan.

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Shima Ramli, 27, dia amat terkejut dan kecewa apabila gambarnya digunakan dalam laporan tersebut sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan peminatnya.

“Hari ini saya agak kecewa dan terkejut kerana mendapat berita daripada pihak pengurusan bahawa gambar saya terpampang dalam sebuah program televisyen. Walhal saya tidak terlibat dalam jenayah pelacuran tersebut.

“Saya berharap sesiapa yang mengenali diri tidak salah faham dan dapat membantu untuk membersihkan nama kerana ia telah memberi impak buruk kepada diri saya,” ujar Baby Shima dalam sebuah video yang di muat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Baby Shima merupakan artis Malaysia yang aktif sebagai penyanyi dangdut di Indonesia.

Terdahulu pihak berkuasa Indonesia mendedahkan nama enam artis wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran secara online.

Enam artis tersebut ialah Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Riri Febianti, Aldira Chena, Tiara Permata Sari dan Baby Shu yang disalah anggap sebagai Baby Shima.

Sebelum pendedahan nama enam artis itu, dunia hiburan Indonesia terlebih dahulu digemparkan dengan penahanan dua artis negara berkenaan iaitu Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila yang didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×