KUALA LUMPUR 29 Jan. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan kewajaran untuk melantik Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) daripada DAP sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Asyraf Wajdi mendakwa DAP merupakan parti yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai agama negara. “Yadim seharusnya kekal sebagai badan dakwah ulung melangkaui parti politik yang berperanan melebarkan kefahaman Islam dan menyebarkan dakwah Islamiah dan Islahiah di kalangan…










