APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman - Utusan Malaysia

APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara semalam.

Bot nelayan yang mencurigakan terbabit berjaya dipintas Kapal Maritim Gemia pada kedudukan 101 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 9.25 pagi.

Pengarah Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, pemeriksaan mendapati kesemua tujuh nelayan termasuk seorang tekong di bot itu merupakan warga Vietnam yang tidak mempunyai dokumen penjalanan yang sah.

“Pemeriksaan mendapati mereka yang berusia 22 hingga 51 tahun juga tidak mempunyai permit sah daripada Jabatan Perikanan untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Selain menahan kesemua suspek, semua hasil laut, bot dan peralatan menangkap ikan mereka yang dianggarkan bernilai RM400,000 juga dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemaman dekat sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN