Angka kematian letupan paip Mexico meningkat 73 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian letupan paip Mexico meningkat 73 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TLAHUELILPAN 20 Jan. – Angka kematian akibat letupan saluran paip minyak haram di bandar ini yang terletak kira-kira 105 kilometer dari bandar Mexico, di sini meningkat kepada 73 orang.

Seramai 74 orang turut cedera dalam kejadian berkenaan.

Kejadian berkenaan berlaku selepas saluran paip yang bocor meletup ketika orang ramai sedang berebut-rebut mengisi minyak.

Kecurian minyak secara berleluasa di negara ini menyebabkan Mexico menanggung kerugian sebanyak AS$3 bilion (RM15.8 bilion) sehingga memaksa Presiden Andres Manuel Lopez Obrador melancarkan gerakan memerangi kegiatan itu secara besar-besaran. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN