SYDNEY – Sekumpulan anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor kuda yang ditemui terperangkap lebih dua jam di dalam tangki najis berhampiran sebuah rumah di Berkshire Park dekat Sydney baru-baru ini. Kuda bernama Trooper, berumur 16 tahun, itu terperangkap di dalam tangki septik selepas terpijak penutup tangki najis lalu menyebabkan ia terjatuh ke dalam sistem tadahan itu. Seorang doktor veterinar dari Klinik Kuda Agnes Banks dekat sini menyuntik ubat penenang pada badan…










