JOHOR BAHRU 12 Jan. – Seorang anggota bomba bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Gen2 di Jalan Desaru-Punggai, Pengerang dekat Kota Tinggi, kira-kira pukul 8 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa, Pegawai Bomba Bantuan Mohd. Syafiq Md. Yunos, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Punggai, Pengerang,…










