KOTA BHARU – Graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Amirah Mohd Zahari, 24, yang menerima ijazah atas katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bulan lalu meninggal dunia pukul 6.20 petang tadi. Amirah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Pasir Badak, Ketereh di sini tidak sampai sebulan selepas keluar dari Wad 3 Utara hospital itu 13 Disember lalu. Abang iparnya, Mohd. Izwan Syukri, 32, berkata, keadaan Amirah yang mengalami jangkitan…










