Ambil berat kebersihan tandas - Utusan Malaysia

Ambil berat kebersihan tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU
ini saya berpeluang singgah di Petronas Pengkalan Hulu, Perak untuk menggunakan tandas di situ.

Terima kasih kepada pihak pengurusan stesen minyak tersebut kerana mengambil berat kebersihan tandas yang disediakan.

Tidak seperti sesetengah pengusaha stesen minyak lain yang tidak begitu prihatin mengenai perkara tersebut. Ada pengguna tidak henti-henti merungut sebaik sahaja keluar dari tandas yang kotor.

Lebih-lebih lagi yang berbau busuk dengan mangkuk tandas sudah pun berwarna kuning.

Jika semua pengusaha stesen minyak ambil berat tentang kebersihan tandas, pengguna pastinya senang hati dan akan kembali lagi.

ABD. RAZAK OSMAN

Sungai Petani, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×