SHAH ALAM – Saksi pertama yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu memberitahu, wanita Mongolia yang dibunuh itu menjalin hubungan dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda. Sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg, 37, memberitahu, kali pertama dia bertemu Abdul Razak apabila diperkenalkan oleh Altantuya di sebuah hotel di Hong Kong pada akhir 2004. “Pada masa itu saya tinggal di Hong Kong dan dia (Altantuya) datang dari Mongolia…










