KUANTAN – Seramai 260 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan bagi mengawal aliran trafik serta kawalan keselamatan sempena keberangkatan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pangkalan Udara Kuantan untuk ke ibu negara awal pagi esok. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kenderaan yang membawa rombongan diraja itu dijangka akan berlepas dari Istana Abdulaziz ke Pangkalan Udara sejauh 20 kilometer seawal 7 pagi…










