KUANTAN – Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cuti peristiwa itu diisytiharkan bagi memperingati tarikh bersejarah pada tanggal esok yang menyaksikan Sultan Pahang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong, sekali gus diraikan seluruh rakyat negeri itu. “Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu…










