SEREMBAN 2 Jan. – Seramai 8,167 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di 350 buah sekolah rendah di Negeri Sembilan pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, keseluruhan murid dan pelajar dari Tahun Satu sehingga tingkatan 6 Atas termasuk Kolej Vokasional di Negeri Sembilan adalah seramai 166,739 orang. “Terdapat 475 buah sekolah di negeri ini iaitu 350…










