MELAKA 5 Jan.- Kira-kira 500 liter cecair asid nitrik tertumpah ketika dalam proses pemindahan di sebuah kilang pembuatan komponen komputer di Taman Teknologi Cheng di sini, malam tadi. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Zulkifli Nordin berkata pihaknya mengambil masa lebih empat jam untuk meneutral dan membersihkan tumpahan bahan kimia berkenaan menggunakan ‘soda ash’ sebelum operasi tamat sepenuhnya kira-kira 1.09 pagi tadi. Beliau berkata tumpahan asid nitrik berkenaan…










