5 ditahan terlibat judi - Utusan Malaysia

5 ditahan terlibat judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Jan. – Polis menahan seramai lima individu disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian di sebuah premis di Pasar Awam Taman Johor Jaya, Seri Alam, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kesemua suspek ditahan berusia antara 30 hingga 55 tahun. 


“Mereka yang ditahan adalah seorang lelaki yang merupakan penganjur, termasuk dua lelaki yang merupakan pemain serta tiga warganegara asing termasuk seorang wanita. 


“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM1,942 dan beberapa perkakas perjudian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) dan 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN